Quick Notice

~cik hazz~. Powered by Blogger.

pembaca memo~

memo 7 : turning point

Tuesday, December 6, 2011 | ~cik haZz~

assalamualaikum..salam sejahtera kepada semua..selawat dan salam ke atas kekasih Allah dan idola ku Rasulullah S.A.W.. :)




topik: turning point..apa tu??menurut Kamus Hidup Cik Hazz,turning point ni maksudnya TITIK PERUBAHAN..insiden atau kejadian yang berlaku dalam hidup seseorang yang boleh merubah seseorang itu jadi lebih BAIK atau lebih TERUK dari sebelumnya..
tak perlulah cakap pasal berubah jadi teruk..bincang pasal yang baik2 jer k.. :)


secara kasarnya seseorang manusia akan sampai ke titik perubahannya dimana dia akan merasa sesuatu perlu diubah dan dia perlu berubah untuk menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya..satu detik masa,yang akan membuatkan dia tersentak..terfikir..tersedar..termenung..bingung..resah..gelisah..bersalah..dan menangis...insaf......

dalam kata lain,turning point ni adalah hidayah dan juga taufiq yang Allah kurniakan kepada sesiapa saja yang dikehendaki-Nya..


hidayah: Setiap orang yang memeluk Islam telah pun mendapat hidayah, setelah mendapat hidayah barulah seseorang itu menjadi Islam atau bersetuju memeluk Islam atau kekal di dalam Islam.Tetapi orang Islam yang mendapat hidayah ini masih melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah dan meninggalkan perkara yang disuruh, dalam arti kata lain mereka tidak taat sepenuhnya..[termasuk cik hazz nie..hermm...]


taufik : Taufik ialah kurniaan Allah lanjutan dari mendapat hidayah, setelah seseorang itu mendapat hidayah dari Allah dan menjadi Islam, mereka ditambah dengan taufik, taufik diberi dalam keadaan sedang memiliki hidayah, lengkap melengkapi. Setelah mendapat taufik seseorang itu akan melakukan dan melaksanakan suruhan Allah....tidak lagi bercakap tidak serupa bikin....Orang yang mendapat taufik lebih proaktif sifatnya, ideal , praktis dan unggul.

Orang yang mendapat hidayah dan taufik ini ( memiliki kedua-duanya) akan membuat sesuatu tanpa campur aduk antara haram dan halal, mereka sentiasa berusaha mengelakkan dari yang haram.Kalau membuat sesuatu majlis tidak akan dicampuradukkan dengan aktiviti yang dilarang.
Kumpulan ini akan terjamin di akhirat nanti dan perjalanan mereka tidak akan singgah di neraka.

~sumber: http://www.leewantam.com/2010/06/hidayah-dan-taufik.html

setiap orang ada jalan yang Allah tunjuk untuk beri kesedaran kepadanya..jalan yang tersendiri dan istimewa..kadang2 Dia bagi cara mudah..kadang2 Dia bagi dengan cara yang payah dan susah,dengan turunnya bencana atau musibah..

sungguh..memang sangat susah nak berubah jadi baik..sakit sangat..siapa cakap senang??tak senang macam tukar baju..
kadang2 kita kena tinggalkan sesuatu yang kita suka sangat..seseorang yang kita suka,barang2 yang kita sayang,minat yang mendalam terhadap sesuatu..itu namanya pengorbanan..


 Allah berfirman:
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
(Al-Ankabut: 2-3)







dan pastinya..ujian sepanjang perjalanan itu tentu ada..
contoh paling mudah..perempuan yang seksi tetiba nak pakai tudung..mesti ada jer yang mengutuk mengata,fitnah bagai..dugaan..macam tu juga kalau perempuan yang dah sedia pakai hijab..tetiba rasa nak pakai tudung labuh...orang akan cop dia macam2..'tunjuk alim'..'ingat baik sangat la tu pakai tudung besar2'..
persepsi dan mulut orang memang susah nak ditutup..itu satu ujian buat yang sedang berubah..sebab bukan semua boleh terima perubahan kita..



satu kata-kata yang melekat dihati,daripada Professor Dr. Muhaya Muhamad..
katanya, "tanya pada diri kita setiap hari..hidup kita untuk apa?untuk dapat redha Allah ke penghargaan manusia?"
kalau kita dengar kata-kata keji orang,kita takkan ke mana..dengarlah pada si pemberi nasihat dan ikutlah kata si pendokong niat.. :)



Allah swt berfirman : 'Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Tuhan mereka menggembirakan mereka dengan memberi rahmat daripadanya, keredhaan dan syurga, mereka memperoleh di dalamnya kesenangan yang kekal. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya..sesungguhnya di sisi Allah pahala yang besar.. 
[surah at-Taubah ayat 20-22] 




Tags: | 0 comments

memo 6: bukan saja-saja

| ~cik haZz~

BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..

MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..

Adakah anda masih lagi tidak BERSYUKUR?

Allah itu Maha Mengetahui..hanya Dia yang tahu apa yang TERBAIK untuk hamba-hamba-NYA..
SABAR..BERSERAH..PASRAH..DAN BERUSAHALAH untuk terus melangkah.. :)


salam ukhwah, cik hazz  :D

Tags: | 0 comments

UNDER CONSTRUCTION~~

Friday, October 28, 2011 | ~cik haZz~

BLOG INI DALAM PROSES PEMBINAAN UNTUK DINAIK TARAF..
HARAP MAKLUM..
TERIMA KASIH..




~sangat skema! hahaa

Tags: | 0 comments

memo 5 : [DELETE]

Thursday, October 27, 2011 | ~cik haZz~


removing you from my life..
not as simple as [UNFRIEND] in facebook..



deleting the memories..
not as easy as clicking the [DELETE] button..



back to my normal life..
not so easy as pressing [BACKSPACE]..



.
.
.
.
.
.
.
.
.

all i can do are....


clicking the [MUTE] button..



and [UNSUBSCRIBE]



YOU


Tags: | 0 comments

memo 4 : lagu sedih~

Wednesday, October 19, 2011 | ~cik haZz~




salam ceria buat semua..
senyuman diberi pengubat jiwa..
jangan bersedih,bermuram durja..
nanti ku turut sedih bersama.. :(



ramai pula orang yang sedih sejak akhir2 nie..aku dengan cerita sedih aku,dia dengan lagu sedih dia..herrmm..

sedih tu normal kan..sebab kita manusia..ada roh,hati,jiwa dan perasaan..dan bukan kita yang 'pegang' semua tu..
otak mungkin boleh suruh mata berhenti menangis..tapi hati tetap menangis juga..walaupun wajah dengan suka relanya memberikan senyuman tanpa diperintah otak..perkara biasa yang dibuat sebab tak nak orang lain dengar 'lagu sedih' yang sedang berkumandang dekat telinga..

=itu hipokrit ker?? 

~mungkin YA..mungkin TAK..

=bukan ke itu menipu diri sendiri namanya??

~tak lar..tu cara2 nak rawat luka..

=tapi tak sembuh pun..lagi dalam luka tu jadinya..

~itu baru langkah pertama..banyak lagi ubat2 yang perlu dimakan..

=ubat apa??aku tak suka makan ubat! pahit! yyeekkk XP

~kau pergi hospital..lepas tu cari DOKTOR yang TERBAIK dekat situ..minta kat DIA ubat paling mustajab untuk hilangkan luka kat hati tu..

=tapi aku tak suka ubat!!tak sedap lar!!

~ubat yang pahit dan tak sedap tu lar yang boleh jadi penawar tau?? gula2 manis yang kau suka sangat makan tu lar yang sebabkan sakit kau nie kan??sampai ada luka besar kat hati tu..nasib baik hidup lagi..boleh lagi makan ubat..kau tau tak yang manis tu selalunya RACUN??

=tau lar.. (-_-")  eeh..hospital apa kau cakap tadi??kat mana??siapa doktor tu??

~kau selalu pergi solat kat MASJID tak??

=selalu lar jugak..tiap2 hari Jumaat,masa bulan puasa sebab nak terawih..lepas tu masa sembahyang raya tiap2 tahun..

~haaa..tempat yang kau 'selalu' pergi tu la HOSPITAL..TEMPAT TERBAIK untuk kau cari ubat..

=huuh??tak faham..ce citer jelas2.. =__=

~ok2..kalau kau pergi masjid kau buat apa??

=solat lar..apa punya soalan daaa..

~kau solat untuk sembah siapa??

= ALLAH.. (makin pelik pulak budak nie)

~ALLAH tu siapa??

=TUHAN kita.. (apa jenis soalan la nie??)

~haaa..itulah DOKTOR TERBAIK!!DIA je yang ada ubat untuk sembuhkan kau..

=haahh??ye ker??

~betul..cuma ada bayaran sikit lar kalau nak ubat tu..

=berapa harganya??aku sanggup bayar berapa jer..

~hahahaa..tak mahal pun..kau cuma kena ikut SEMUA perintah DIA dan tinggalkan SEMUA larangan DIA..amar makruf,nahi munkar..itu jer..

=eerrrkk..ok..lepas tu dah boleh sembuh la yer?

~terpulang kat DIA nak bagi kau sembuh atau tak..cepat atau lambat,kau kena sabar..berdoa,merayu,sujud pada-Nya..terima segala takdir dengan hati yang ikhlas..ingat!! beriman kepada qadaq dan qadar itu rukun iman..satu rukun ditolak,musnah seluruh iman..jangan bertanya kenapa itu ini terjadi..semua pasti ada sebabnya..terima semuanya dengan redha..YAKINLAH! ALLAH sentiasa memberikan yang terbaik untuk kita..dan itulah PENAWAR yang akan mengubati luka didalam hati..... :)




~ "(yaitu) mereka yang beriman dan hatinya tenang mengingat Allah. Ketahuilah! Hanya dengan ingat akan Allah, maka hati merasa tenang."surat Ar-Ra'du ayat 28~

Tags: | 0 comments

memo 3 : itu tanggungjawab!!

Saturday, October 1, 2011 | ~cik haZz~



syukur tak terucap..
gembira tak terkata..
dapat jejak tempat impian..
tuntut ilmu dunia akhirat..

7 September 2011..tarikh pembukaan bab baru dalam novel hidup..dunia baru..harapan baru..semangat baru..yup,semuanya baru..who knows??from science to IT..siapa sangka??dapat jejak tempat pilihan..no one knows,but HE..

alhamdulillah ku panjatkan syukur..
buat Dia,Pelimpah nikmat..
moga ku tak lagi tersungkur..
moga sentiasa dalam rahmat..





sekarang dah hampir sebulan kat UKM ni..alhamdulillah..syukur bertambah-tambah..segala urusan dipermudahkan..dapat kolej yang paling strategik,walaupun jauh sikit dengan fakulti..takpe,rezeki.. :)
classmate baik,roomate baik,lecturer lagi baik2..hehe

melangkah ke Universiti Kebangsaan Malaysia..tanggungjawabnya banyak dan besar..kena jaga nama baik UKM..
duduk di Kolej Ungku Omar..kena aktif supaya tak dicampak masuk ke kolej yang terceruk..
mewakili Melayu Islam dalam kelas..kena jaga agama dan bangsa..supaya tak ditindas oleh bangsa lain..dan supaya Melayu Islam itu terus bangkit membuka mata masyarakat dan sedar yang "kami pun hebat!"





yang paling berat..tanggungjawab pada mak abah dan keluarga..harapan menggunung diletak atas bahu..nak tak nak kena pikul juga..sungguh,itu yang paling payah..nak gembirakan mak abah dengan kejayaan..bukan senang..
bila dikenang susah payah mak abah membesarkan jasad dan roh ini..air mata tumpah tanpa sedar..peritnya mereka memberi makan anak ini..tak mungkin terbalas banyaknya jasa mereka..

dilimpahi kasih siang malam..
waktu cerah mahupun kelam..
sentiasa ada disamping sisi..
mendukung diri menjadi insani..

jujur,rasa susah sebab pernah kecewakan mak abah..bukan sekali,tapi berkali-kali..rasa bersalah sangat tengok muka kecewa tu..sedih sangat bila dengar nada kecewa tu..tapi itu dulu..anak mak abah yang lama..yang lembab..yang bodoh.. :( 

sekarang??dah lain..mungkin??masih berusaha ke arah itu..insyaAllah..3 tahun lagi,aku akan buat muka kecewa tu tersenyum,menangis gembira..aku nak dengar ucapan bangga seorang ibu sebab ada anak macam aku..aku nak dengar nama abah disebut atas pentas tu nanti..insyaAllah..dengan izin Allah,jika nyawa masih dipanjangkan..


~4 okt-hari konvo kakak..tak pergi pun! :(



segala sujudku hanya kepada Mu Ya Robbi..
hanya pada Mu tempat ku mengemis kasih..

hamba ini meminta serendah hati..
kasihanilah kami yang kotor ini..
limpahkan ilmu Mu walau setitik..
buat bekalan di sana nanti..

Tags: | 0 comments

-entry saja2-

Tuesday, September 20, 2011 | ~cik haZz~

assalamualaikum..
dah lama tak update blog nie..dah berabuk pun..hukhuk (batuk :P)
ok,nak kemas2 bagi cantik sket..hehe

bukan tak nak update..tapi masa cam tak berapa nak ada..agak sibuk sejak sebulan lepas..
banyak yang nak dikeluarkan dari otak nie...sampai tak tau nak mula topik apa dulu..huhu
satu2 yer.. :)


minta maaf kepada seorang follower setia yang dipaksa relakan untuk baca blog yang tak seberapa nie..dah lama dia tunggu entry baru..heheh..terima kasih lar sebab sudi baca yek..walaupun silent reader jer.. :D


insyaAllah blog nie akan ada banyak cerita2 baru..sebab bab baru dalam novel hidup baru bermula.. :)


~keep on reading..
~adioz~~

Tags: | 0 comments